February 20, 2009

Najib pecat Abdullah jika enggan turun dari jawatan PM



Dikirim pada Februari 20, 2009 oleh HermanSamsudeen
Bakal Presiden Umno yang mengidam kerusi Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat penstrukturan Kabinet jika berjaya merampas kerusi itu dari Abdullah. Cukuplah jika Najib dilantik jadi Presiden Umno, itu sudah memberikan kekuatan padanya walaupun Abdullah enggan letak jawatan sebagai PM.
Najib boleh memecat beliau dari Umno dan kemudiannya membawa usul undi tidak percaya sebagaimana teori Mahathir jika Abdullah berkeras untuk terus jadi PM.
Abdullah juga dipercayai tidak akan menjadi anggota kabinet baru Najib sekaligusnya, akan dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan jika kabinet dirombak.
Naib Presiden Umno sekarang, Muhyiddin Yassin membayangkan rombakan kabinet akan dibuat jika Najib berkuasa. Bagi beliau Kabinet Kerajaan yang ada sekarang ini sudah dilihat rakyat sebagai ‘Kerajaan yang hilang arah’.
MCA pula sudah bersedia untuk menamakan 3 calon Menteri yang baru dimana Timbalan Menteri Kewangan sekarang, Kong Cho Ha bakal mengambil tempat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Chuan.
Turut dinamakan untuk merebut jawatan Menteri ialah Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. Disamping itu komponen BN yang lain juga sudah membuat persedian untuk menamakan calon mereka bagi merebut jawatan Menteri dalam senarai kabinet yang baru.
Oleh itu, Najib kini wajar merangka strategi untuk mewujudkan Kabinet yang lebih baik dari Abdullah disamping memastikan kedudukan beliau menjadi lebih selesa selepas ini.
Mahathir mengakui bahawa kumpulan Think Tank Abdullah di Tingkat 4 kini terdesak dan semakin giat berusaha agar rancangan peralihan kuasa ini gagal. Taruhan mereka iaitu anak menantu Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Umno sekarang, Khairy Jamaluddin bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda dianggap usaha paling penting bagi memastikan survival ‘geng Tingkat 4′.
Mereka juga berusaha agar Abdullah tidak melaksanakan peralihan kuasa walaupun sedar bahawa Abdullah sudah tidak tahan menerima tekanan dari ahli Umno untuk berundur.
Secara keseluruhannya rakyat melihat Abdullah sebagai Perdana Menteri yang pasif tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima beliau berbanding Najib yang dilihat terlalu agreasif terhadap rakyat.
Kini pertembungan kuasa besar ini semakin menuju kemuncaknya, dan rakyat yang dibawah ini juga yang akan menjadi korbannya kelak.

No comments: