16 Februari, 2009
Pencabulan Hak Asasi Wanita
Wanita KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah. Gambar-gambar peribadi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat telah diedar dan disebarkan kepada orang ramai, khususnya wartawan, sejak semalam. Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melangggar hak asasi wanita dan merendahkan hak kemuliaaan insan. Tindakan ini merupakan satu gangguan seksual yang boleh didakwa di Mahkamah.
Wujud juga precedent Mahkamah untuk mensabitkan kesalahan merakam tanpa izin dalam kes yang melibatkan seorang artis Malaysia . Pesalah telah dihukum penjara.
Negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi, sosial dan politik. Kemelut ekonomi menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, pemberhentian pekerja yang terus bertambah dan permintaan pasaran yang menjunam. Gejala-gejala sosial semakin ketara dan membimbangkan. Permainan kotor yang menimpa wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat ini berniat jahat sekaligus menambahkan kekusutan suasana politik negara. Perbuatan dalang-dalang politik ini sengaja mencipta isu-isu remeh yang bertujuan melencongkan perhatian wakil rakyat dari menjaga kepentingan dan urusan rakyat.
Wakil-wakil rakyat seharusnya menitikberatkan isu-isu yang mencengkam rakyat seperti pemilikan tanah, perumahan yang mengecewakan, kos kehidupan yang tinggi, masalah kemiskinan rakyat yang telah meningkat dan seribu satu permasalahan rakyat.
Apakah motif tindakan yang menjatuhkan maruah ini? Adakah ia suatu tindakan bermotif politik?
Adakah ini juga salah satu siri dalam gerakan mencemar maruah wakil-wakil rakyat negeri Selangor yang mempunyai tujuan tertentu?
Pembelaan dan siasatan rapi yang profesional adalah dituntut daripada pihak polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan dengan kadar segera.
Pencabulan hak asasi dan peribadi ahli politik atau mana-mana rakyat bukanlah adat dan amalan bermasyarakat yang murni dan berakhlak mulia. Rakyat Malaysia yang beradab dan sedar perlu bangkit dan bersatu mengecam perbuatan durjana yang memalukan ini.
Hajah Zuraidah Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan
This entry was posted on Tuesday, February 17th, 2009 at 12:41 am and is filled under: Catatan, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Politik, malaysia
3 Responses to “Kenyataan Media Ketua Wanita KeAdilan”
che-kai Says:
February 17th, 2009 at 1:12 am
alahai…
kenapa lah banyak nya drama? BN, korang ni dah xda modal ka? tolong lah sikit… rakyat sekarang bukannya bodoh… drama2 cekai TV1 org dah tak tengok la….
[Reply]
mohd nor bin talib Says:
February 17th, 2009 at 1:13 am
Wanita sering dijadikan satu topik guruan dan selalu diaibkan oleh orangx yang tidak bertangung jawab, eposid sedeh ini bermula dengan Adunx dan Exco Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Apakah Dosa Adun Wanita ini yang sering dipermainkan oleh ahli politik tertentu, salahkah wanita bersaing bersama lelaki dalam menabor bakti kepada rakyat dinegeri Selangor.
YB Halimah Ali, YB Teresa Kok dan kini YB Elezibeth Wong dicari keaibannya untuk melonjak semula kepopularan seorang YB bernama Khir, apakah faedahnya ini buat Yb Khir yg telah hilang satu kerajaan dulu kini mecadangkan setiap Yb ketigax ini meletak jawatan, ada beliau ada agenda yg tersembunyi.
Berseh sangatkah yb khir tergamak berbuat demikian, beri saja peluang PR memerintah Selangor yg dipileh oleh rakyat.Jika YB benarx berkemampuan janganlah mencantas dgn perkarax sebagini tunggu saja pru yg ke-13, itu pun kalau rakyat Selangor menyukai YB.
Bagi YB ketigax ini hadapai cabaran dengan tabah ,rakyat dibelakang yb, jangan patah semagat, jangan turut apa kehendak tekan dari parti lawan walaupun YB seorang wanita, percayalah wanita juga mempunyai KEKUATAN SENDIRI. LAWAN TETAP LAWAN.
February 17th, 2009 at 1:30 am
No comments:
Post a Comment