February 20, 2009

Ada bukti kukuh MB Selangor salah guna kuasa - SPRM


PULAU PINANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti yang kukuh menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.
Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Khalid sebelum ini dikatakan telah menyalah gunakann kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada sambutan Aidiladha tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.
Rabu lalu, Khalid telah mengemukakan dua saman fitnah keatas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo kerana dikatakan membuat tuduhan palsu mengenai pekara itu

No comments: