February 18, 2009

Teman lelaki Elizabeth dipanggil beri keterangan



SHAH ALAM: Teman lelaki anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel wanita itu hari ini.
"Teman lelaki wakil rakyat itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Khas Majikan Kerajaan (PDRM) 2009 di sini hari ini.
Beliau berkata polis menerima dua keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu dalam bentuk kepingan dan cakera padat daripada seorang wartawan Malay Mail.
"Dua wartawan Malay Mail dan dua wartawan The Sun telahpun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung (laporan berita) pengedaran gambar berkenaan," katanya.
Wong, 37, yang juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri Selangor, semalam menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet. BERNAMA

No comments: