Menyentuh mengenai laporan Gerak terhadap Khalid Ibrahim yang membahagikan lembu korban pada hari raya Aidi-adha lalu ia timbul kehairanan saya kepada pihak yang melaporkan perkara itu. Apakah Gerak semata-mata melihat kepada apa yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa itu tanpa melihat kebajikan di sebalik apa yang dilakukan Khalid?Bukankah lembu-lembu korban itu diberikan kepada umat Islam dan sebagai usaha Khalid meraikan umat Islam pada hari raya? Apakah Gerak melihat kesalahan sebegini lebih besar daripada kesalahan dan rasuah lain yang melibatkan jutaan ringgit seperti penyelewengan dalam pembelian kapal selam dan sebagai?
Aktiviti dilakukan Khalid yang KONONnya berunsur rasuah begitu banyak dilakukan oleh pemimpin lain. Ia bukan saja berlaku sehari dua ini tetapi sejak 51 tahun dulu. Gerak, TOLONGLAH selongkarkan pemberian lembu-lembu korban oleh bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo pada tahun 2007 dulu dan juga sebelum ini. Diharap Gerak menyiasat syarikat manakah yang membekalkan lembu-lembu yang diangihkan oleh Khir Toyo pada setiap tahun? Pada tahun 2007 sebanyak 400 ekor lembu dibahagikan oleh bekas MB itu kepada ketua-ketua cawangan atau wakilnya di satu majlis di Shah Alam, Selangor.
Jelas yang dilakukan Khir Toyo itu sama saja nilai dan darjatnya dengan apa dilakukan Khalid Ibrahim. Gerak kena siasat syarikat mana yang membekalkan lembu-lembu berkenaan dan apakah pula ganjaran yang diberikan kepada syarikat berkenaan? Kadang tempat lembu-lembu itu disimpan masih ada hari ini terletak di Batang Berjuntai. Gerak jangan hanya rajin mencari kesalahan Khalid tetapi buta kepada apa yang pernah dilakulkan Khir Toyo - MSO
No comments:
Post a Comment