February 20, 2009

Mesyuarat Masjid As Salam kecoh wujud 'pengundi hantu'


@Sinar Harian 20 Feb 2009
BUKIT SENTOSA - Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid As Salam yang berlangsung Ahad lalu dilaporkan tercemar dengan insiden tidak diingini apabila didakwa wujud kehadiran ‘pengundi hantu’. Timbalan Nazir masjid itu, Yaziz Yunus berkata, selain kehadiran kumpulan pengundi terbabit, berlaku juga rampasan kuasa pentadbiran sehingga menghalang mereka daripada mengendalikan mesyuarat berkenaan. Menurutnya, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang masih mempunyai kuasa sehingga 31 Mei ini tidak diberi peluang mengendalikan mesyuarat sebaliknya dikendalikan pihak luar. “Kami mengakui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuasa penuh menyusun dan melaksanakan mesyuarat masjid, tetapi bagi tujuan pengendalian dan mempengerusikan mesyuarat hendaklah diberikan kepada jawatankuasa masjid yang ada. “Bukan dengan menyekat kuasa sehingga tidak memberi peluang kepada kami untuk bersuara atau mengendalikan mesyuarat,” katanya. Menurut beliau, mesyuarat yang berlangsung pada hari itu sudah diumumkan batal dan mahu ditunda ke satu tarikh, tetapi setelah beberapa minit berlalu mesyuarat itu diteruskan kembali dan berakhir dengan keputusan di luar kehendak sebilangan ahli kariah. Kira-kira 1,000 ahli kariah hadir membuat pencalonan pada hari tersebut, namun pulang dengan keputusan menghampakan. Sebanyak 14 masjid daripada 23 keseluruhannya di daerah ini selesai mengadakan mesyuarat dan kesemua dijangka selesai berme-syuarat pada 28 Februari ini. Sinar Harian difahamkan, sebanyak sembilan daripada jumlah masjid yang selesai bermesyuarat bakal mengadakan bantahan berikutan ketidakadilan yang berlaku. Yaziz dalam pada itu mendakwa, sekumpulan penyokong luar yang sengaja dibawa pihak mendalangi gerakan merampas kuasa itu sudah melancarkan pemilihan sebelum mesyuarat diadakan. Menurutnya, keadaan itu mengundang suasana lebih kecoh ditambah dengan insiden caci mencaci serta tindakan kasar beberapa ahli kariah. “Jawatankuasa masjid terpaksa merujuk perkara ini kepada perasmi program, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Sahar bagi meredakan keadaan,” katanya. Dakwa beliau lagi, wakil Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) juga dikatakan berpihak kepada kumpulan luar terbabit dan gagal mengawal keadaan mengikut enakmen yang ditetapkan. “Kami kecewa pihak berkenaan tidak mematuhi syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan dalam Enakmen Masjid dan Surau Selangor sehingga mereka meneruskan pencalonan barisan jawatankuasa baru yang tidak sah,” katanya. Beliau berkata, senarai jawatankuasa baru itu bagaikan direstui pegawai Jais yang didakwa turut mengemukakan senarai keah-lian sendiri dari beberapa surau sekitar kariah masjid ini. Tindakan menyalahi enakmen dilakukan kumpu-lan berkenaan mengundang jawatankuasa masjid tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa. Yaziz berkata, mereka juga berhasrat menghantar memorandum bantahan dan protes kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Sultan Selangor sekiranya perkara itu tidak diselesaikan dengan baik.


Banyak persoalan yang timbul dari berita ini, harap dapat dipertimbangkan,

1. Penaung AJK mesjid, disyorkan Org Kaya, penasihat selalunya Penyelaras Mesjid/Surau Daerah, berita mengatakan penaung dan penasihat berlaga, seorang rasmikan mesyrt, seorang lagi teruskan mesyrt, tetapi siapa yang mahu teruskan mesyrt? Bukan kah anak Qariah yg hadir.

2. Siapa yang menulis berita ini, siapa yang memberikan kenyataan? Bekas Timb Nazir? Bukan kah dia ketua UMNO (ahli politik), yang di sarankan menjaga mesjid/surau adalah ustaz2, sekurang2nya, bukan sebab ketua umno (zaman dah berubah, ketua umno pegang semua jawatan di kampong2)

3. Senarai anak qariah adalah datang dari pihak pejabat agama, bukan dari nazir mesjid, dengar cerita tuan nazir & the gang dah tampal nama2 800 ahli qariah (ini lah pengundi hantu) yang didatangkan khas sebab si Yaziz ni ada senarai ahli umno lama dgn dia. Org yang selalu buat kerje tu yg menuduh org lain buat. Org baik x mengaku dia org baik.. Sekarang siapa dia pengundi hantu.

4. Bekas timbalan Nazir kecut hati bila pengundi hantu beliau tidak datang kerana ramai berada di Dataran Sentosa dimasa yang sama dgn YB utk program yg lain, pemberita pun ada disana, jadi harian siapa yang tulis berita ini. jadi, beliau menyuruh Org Kaya menangguhkan mesyrt.. (takkan nak dtg lagi hari ahad pagi, org ramai ada kerja lain nak dibuat.. dah cukup korum dan sah kedatangan dan keahlian anak qariah..jalankan pengundian..simple)

5."Cerita" karangan ini telah basi, trend di seluruh negeri Kedah, Pualau Pinang dan Selangor semuanya berpihak kepada orang yg selalu datang ke mesjid/surau (selama ini mereka dianaktirikan dari semua bantuan mesjid/surau, pejabat agama dan di larang menganggotai pengurusan mesjid. Selalunya ketua UMNO akan jadi Pengerusi Surau, pendaftar Nikah, YDP PIBG, Ketua Rukun Tetangga, Ketua Penduduk dsb.. Kenapa tidak boleh terima kenyataan? Zaman dah berubah..

6. Ada 1001 lagi benda boleh dipertikaikan jika nak dipertikaikan. Jika ada bukti pengunti hantu, sila adakan semula pengundian, tak payah nak berselindung dibawah "akan melaporkan kepada sultan dan PAID/JAIS" atau buat laporan polis kerana ianya sudah jadi "immune" sekarang digunapakai oleh UMNO (setelah puak pemerintah sekarang di Sgr buat sejak bertahun lamanya, dah bnyk report polis buat hanya utk gimmick saje)

No comments: