February 16, 2009

Doha: Pertemuan Bagi Menyuarakan Hasrat Dunia Islam



14 Feb 2009
Saya mulakan acara pagi dengan mengadakan beberapa pertemuan; diantara lain dengan Menteri Luar Qatar, Professor Shibley Telhami yang kini bersama Human Rights Watch dan Institut Brookings serta Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika.
Meneruskan perbincangan yang bermula di Kuala Lumpur tempoh hari dengan Dr Jamal Barzinji (Institut Pemikiran Islam, Washington) dan Dr Annas Ali (Institut Pemikiran Islam, London). Berkesempatan bertemu pengurusan kanan Al Jazeera selain wawancara khas dengan Al Jazeera (Arab) mengenai politik Malaysia dan Al Jazeera (Inggeris) mengenai hubungan Amerika dan dunia Islam.
Saya tegaskan bahawa umat mahu melihat Amerika berundur dari Iraq dan Afghanistan, dan berlaku adil dalam konflik Israel-Palestin. Sementara itu negara-negara dari dunia Islam juga wajar menangani perubahan dengan menghormati kebebasan dan hak asasi rakyat di negara mereka sendiri.

@ANWAR IBRAHIM

No comments: