Azamin Amin Tue Feb 10, 09
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan menjadi medan dan 'benchmark' sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang sedang menghadapi krisis Perak yang dicipta oleh Barisan Nasional (BN)
Malah rakyat keseluruhannya sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan isyarat jelas kepada BN yang secara biadap merampas Perak daripada Pakatan Rakyat tanpa mengikut lunas undang-undang dengan 'berselindung' di sebalik kuasa Istana.
Demikian reaksi awal Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kekosongan kerusi Parlimen tersebut akibat kembalinya Ahli Parlimen Roslan Shaharom ke rahmahtullah tengah hari semalam.
"PAS sudah bersedia dari awal lagi kerana menjangkakan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan pilihan raya seluruh negeri namun ianya tidak jadi sebab berlaku krisis dimana BN merampas secara jahat.
"Namun Allah mentakdirkan juga satu pilhanraya kecil berlaku dan kita telah menggerakkan jentera parti untuk tujuan itu. Oleh yang demikian, penyokong dan rakyat mesti buktikan kemenangan kerana ianya pilihanraya yang lebih penting daripada Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kerana ianya melibatkan proses demokrasi yang telah di cabuli BN di Perak," katanya.
Katanya BN sejak awal lagi sudah kelihatan risau untuk berhadapan dengan pilhan raya kecil di dua DUN di Behrang dan Changkat Jering dan oleh kerana itulah mereka menggunakan jalan pintas untuk mendirikan kerajaan dengan jalan yang tidak sah malah mempergunakan institusi di raja untuk tujuan itu.
"Kata seorang pensyarah, BN merampas BN memalui pintu belakang istana sedangkan ketika Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin mempersembahkan kepada Sultan Perak, baginda tidak buat sebrang keputusan.
"Tetapi bila Pengerusi BN Negeri jumpa, terus Sultan buat keputusan dan ianya tidak mengikut prosedur biasa iaiatu perlukan pembubaran DUN ataupun mendapat undi tidak percaya di Dewan April nanti," katanya.
PRU kali ini, akan menentukan sama ada rakyat menyokong atau tidak tindakan Adun-adun 'lompat' yang sebelum ini dipilih oleh rakyat pada 8 Mac tahun lalu dan secara tidak langsung menghukum tindakan 'rakus' BN menggugat kestabilan politik di Perak.
"Kalau di Permatang Pauh, isu liwat...Kuala Terengganu isu Hudud dan kali ini kita sudah tahu agenda mereka ialah 'Derhaka'," katanya sambil tidak mendedahkan butiran sama ada calon PAS tersebut merupakan anak tempatan atau sebaliknya.
"Kita tidak kekurangan calon dan semua ciri-ciri diambil kira. Insya-Allah setelah bermesyuarat kita akan maklumkan dan yang pasti kita mahu seluruh rakyat di Perak khususnya sentiasa memberi sokongan berpanjangan kepada Pakatan Rakyat," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

No comments:
Post a Comment