February 08, 2009

CERITA MN NIZAR DIHALAU DARI OFIS SENDIRI

Malaysiakini melaporkan, sidang akhbar Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.Gambar Abdul Rahman di sebelah dan emailnya adalah drrahman@perak.gov.my Diakah yang kurang ajar?

Tranungkite tadi melaporkan, pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .
Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.
@~penarik beca TP - selama 11 bulan memegang jawatan Menteri Besar Perak, sekalipun aku tak pernah dengar Ir Nizar berkasar dengan orang bawahannya, sampai satu ketika, Nizar diibaratkan sebagai seorang yang "senang dicucuk hidung" oleh musuh politiknya lantaran sikapnya yang menghormati dan tidak meninggi diri baik dengan rakan, mahupun dengan musuh...Tapi hari ni orang yang selama 11 bulan telah berbakti kepada rakyat Perak dihina bagaikan binatang oleh bekas "orang bawahannya"
...Fikir-fikirkan...

No comments: