February 06, 2009

Krisis politik: Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan


KUALA LUMPUR: Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang melanda negeri itu keadaan di negeri itu.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.
"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. "Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar (Jamaluddin) sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.
Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru.

Dr Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas krisis politik yang melanda negeri Perak termasuk keengganan Mohammad Nizar meletak jawatan walaupun Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

No comments: