Dikirim pada Februari 11, 2009 oleh HermanSamsudeen
Arahan ketua Polis Negara, Musa Hassan agar semua permit ceramah dibekukan bagi negeri Perak sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan jelas menunjukan keadaan Kerajaan Haram BN Perak kini tertekan.
Mereka terpaksa memperkuda kedudukan Musa Hassan yang terhutang budi kepada BN yang melantik beliau sebagai Ketua Polis Negara untuk memastikan segala program Ceramah penerangan anjuran Pakatan disekatkan segera.
Ini adalah tindakan yang tidak demokrasi dan Musa sewajarnya tidak membiarkan dirinya menjadi alat politik BN. Situasi sekarang memperlihatkan ketidakseimbangan maklumat yang diperolehi oleh rakyat Perak dimana Pakatan tidak diberi ruang langsung untuk bercakap dengan rakyat.
Awal minggu ini Kementerian Dalam Negeri yang dikuasai oleh BN juga telah turun bagi merampas semua akhbar Harakah dan Suara Keadilan bagi memastikan rakyat tidak mengetahui apakah yang berlaku di Perak secara terperinci. Berita rampasan kuasa di Perak menjadi paparan utama dikedua-dua akhbar milik Pakatan.
BN yang selama ini memanipulasi stesen TV dan Radio milik rakyat-RTM, terdesak mengunakan langkah kuku besi ini. Negeri Perak kini seolah-olah berada dalam keadaan darurat, walhal BN adalah punca kepada apa yang berlaku hari ini.
Seandainya larangan ini terus dilaksanakan tidak mustahil rakyat akan turun membantah dijalan raya dan ceramah di jalanan akan berkembang biak.
BN seharusnya menginsafi perbuatan mereka dan tidak menghimpit pemikiran rakyat Perak yang kini sudah semakin memahami keadaan politik Perak dan negara Umumnya.
Rakyat kini lebih bijak untuk menilai baik dan buruk, maka tindakan ini seolah-olah menghina dan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.
Jika BN bijak, ini bukanlah langkah yang terbaik. Mereka sewajarnya turun memberikan penerangan pada rakyat bukan menyekat Pakatan yang sentiasa turun bersama rakyat.

No comments:
Post a Comment