February 06, 2009

Mari ucap Tahniah kepada Sultan Perak!

@Dikirim pada Februari 5, 2009 oleh pemudawilayah
Sultan Perak telah buat keputusan. Baginda telah mengunakan kuasanya untuk mengembalikan Pemerintahan BN di Perak. Suasana politik semasa mempengaruhi keputusan Baginda. Rakyat faham Baginda juga tertekan untuk membuat Pilihan. Oleh itu marilah kita menyokong baginda dan memberikan ucapan tahniah kerana;

Melayani Najib yang bukan Rakyat Perak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Menolak hasrat rakyat untuk mengembalikan kuasa rakyat melalui tuntutan Pilihanraya Tergempar.
Membenarkan 3 Adun yang sudah membelot dan masih dibicarakan atas kes rasuah untuk terus menjadi Adun bagi menyokong BN.
Menitahkan Menteri Besar dan Exconya meletak Jawatan serta merta tanpa perlu memanggil sidang DUN bermesyuarat.
Memperkenankan BN untuk memerintah Perak walaupun hakikatnya BN mempunyai bilangan kerusi yang sama banyak dengan Pakatan.
Atas sebab-sebab itu marilah kita sama-sama ucapkan tahniah kepada Sultan kerana telah menggunakan kuasanya bagi menyelesaikan kemelut ini tanpa perlu merujuk dan memberi ruang kepada rakyat membuat Pilihan.
Begitulah sukarnya menjadi pemimpin sebuah Negeri kerana hari esok baginda perlu memikul beban ini berseorangan di akhirat kelak. Baginda tiada pilihan lain melainkan menanggungnya, dan rakyat diharap agar tidak menuntut apa-apa lagi. Cukuplah beban yang tidak tergalas ini.
Sesungguhnya kita semua ini datang dari keturunan yang sama iaitu Adam dan Hawa. Harta, pangkat dan kedudukan hanya didunia. Sebagai makhluk bernama manusia kita wajib ingat-mengingatkan. Nasihat menasihati, sebagaimana Rasulullah dahulu yang sentiasa meminta pandangan sahabat sebelum berbuat apa-apa. Begitu juga Khalifahnya yang bebas ditegur oleh sesiapa jika lakukan kesilapan.
Amanah Rakyat diutamakan walaupun mereka berkuasa, teguran rakyat diterima tanpa mengira pangkat atau darjat keturunan mereka.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali…InsyaAllah!!!

No comments: