February 08, 2009

PERINGATAN UNTUK AHLI-AHLI MAJLIS

Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan diingatkan supaya tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana pemaju untuk membuat lawatan ke luar negera.Tidak kira sama ada ke Hong Kong atau ke Australia, sebarang lawatan akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai imbuhan untuk meluluskan projek-projek tertentu atau mempercepatkan kelulusan projek-projek itu. Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terdapat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum satu-satu projek pembangunan itu diluluskan.
Di antaranya adalah kecerunan tapak, kesan kepada penduduk sekitar dan kemampuan projek itu bersaing. Kerajaan bukan mahu menyekat pembangunan tetapi mahu kepentingan dan keselamatan rakyat terjamin.Ahli-ahli majlis perlu menjaga integriti mereka. Rakyat mestilah melihat dengan terang dan jelas bahawa mereka berbeza dari ahli-ahli majlis sebelum ini.Jika mereka menerima imbuhan dengan janji projek-projek atau cadangan-cadangan akan diluluskan maka mereka tidak layak menjadi seorang ahli majlis.Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas jika ada ahli-ahli majlis yang menagih imbuhan dan menabur janji bahawa satu-satu cadangan itu akan diluluskan.
Mereka juga akan terdedah kepada siasatan dan pendakwaan jika terdapat laporan dari orang ramai.Sesuai dengan polisi ketelusan kerajaan negeri, tidak ada siapa yang akan dilindungi.
Iskandar Abdul Samad
8 Februari 2009

No comments: