February 08, 2009

TERKINI.. AHAD 8 FEBRUARI ... DK SERI NIZAR MASIH TINGGAL DI KEDIAMAN MB..


Dato' Seri Ir Nizar masih lagi tinggal di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dan diberitakan bahawa beliau telah diberi notis selama sebulan supaya mengosongkan Kediaman Menteri Besar tersebut.Sementara itu, 9 individu yang ditahan kerana terlibat dalam demonstrasi di Masjid Ubudiyah akan dijamin sendiri oleh Dato' Seri Ir Nizar pagi ini dan mereka dijangka akan dibebaskan selepas urusan jaminan selesai.Ketika ini, Perak telah melakar sejarah di Malaysia di mana ia menjadi satu-satunya negeri berdaulat yang mempunyai 2 menteri besar iaitu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Ir Nizar Bin Jamaluddin yang SAH dilantik melalui perundangan selepas melalui Pilihanraya Umum dan seorang lagi ialah Menteri Besar dari UMNO/BN yang telah dinobatkan buat julung-julung kalinya sebagai Menteri Besar HARAM yang dilantik melalui apa yang difahami sebagai "rampasan kuasa" atau pencabulan undang-undang yang berselindung disebalik institusi beRaja.


Nasib Menteri Besar Haram ini bakal ditentukan oleh mahkamah tidak lama lagi tetapi diharap supaya kita tidak menaruh harapan yang tinggi sebagaimana yang telah berlaku beberapa hari lalu berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri.Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, NYATA dan JELAS bahawa Sultan TIDAK BOLEH MEMECAT Menteri Besar. Tetapi dalam hal ini, sesuatu yang unik telah berlaku mungkin ini adalah implikasi dari kempen "Malaysia Boleh" yang sering dicanang-canangkan oleh KERAjaan pusat.


Kebiasaanya didalam sistem demokrasi peninggalan penjajah yang didokong oleh UMNO/BN, Menteri Besar hanya boleh dijatuhkan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Sultan dan itu juga MESTILAH melalui proses UNDI TIDAK PERCAYA di dalam sidang Dewan Undangan Negeri seterusnya dibawa kebawah Duli Sultan untuk memperkenan Pembubaran Dewan Undangan Negeri.Itu adalah proses yang sepatutnya dilalui dan cara yang kedua pula ialah Pelepasan Kuasa secara sukarela oleh Menteri Besar sendiri.


Kita mengharapkan supaya proses perundangan yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam kes ini akan segera selesaikan oleh Mahkamah dan diharapkan supaya institusi kehakiman juga bertindak mengikut perundangan dan Undang-Undang sedia ada dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang "BACUL".

No comments: