February 07, 2009


UMNO telah mengggunakan institusi raja untuk mempertahankan amalan rasuah politik dan rampasan kuasa di Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan UMNO itu diambil kerana UMNO hilang keyakinan untuk kembali mendapatkan mandat rakyat setelah kalah pada pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil yang menyusul.

“UMNO menggunakan institusi raja untuk mempertahankan rasuah dan rampasan kuasa mereka,” beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

“Kalau benar UMNO mempunyai kekuatan dan yakin pada kekuatan itu..mereka harus kembali kepada pengundi di Perak untuk membuat keputusan. Kita sedia menerima keputusan pengundi walau apa sekali pun.”

Namun Datuk Seri Anwar berkata UMNO tidak akan berani berbuat demikian setelah tewas teruk pada pilihanraya umum lalu serta di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sebaliknya parti itu cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu kesahihan kerajaan negeri pimpinan UMNO dengan menuduh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononya derhaka kepada Sultan.

Apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat ialah taktik Najib “menghilangkan” ADUN Pakatan Rakyat sebelum mereka menjelma tiba-tiba di sisi Timbalan Perdana Menteri itu dan mengisthiarkan diri sebagai penyokong parti itu.

Datuk Seri Anwar berkata rakyat harus menolak amalan kotor UMNO dalam membeli wakil rakyat Pakatan dan kemudian memperalatkan istana untuk mempertahankan rampasan kuasa mereka di Perak.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tetap mempertahankan system Raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Oleh itu soal derhaka kepada Sultan tidak timbul sama sekali.

Beliau berkata Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah di sisi perlembagaan negeri itu dan beliau mendapat mandatnya daripada rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Datuk Seri Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menggerakan program penjelasan kepada rakyat mengenai kemelut di Perak dan implikasinya pada peringkat nasional.

No comments: