February 08, 2009

YB Isa ikut program kerajaan Selangor lagi...

SUNGAI CHOH – "Program E-Cari yang dilancarkan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, telah banyak memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan. Program tersebut dirangka bagi mengesan dan mencari golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas untuk diberi bantuan sewajarnya sebagai tanda ehsan dan keprihatinan kerajaan." Sinar Harian 7 Feb 2009 Sabtu.

SAS: Nampaknya tak habis2 lagi YB Isa ADUN Batang Kali terpaksa menciplak langkah kerajaan negeri Selangor yang berkebajikan, kononnya hendak membantu golongan berpendapatan rendah, OKU dan warga emas, apa dah jadi dgn YB, dulu semasa memerintah, tak pula nak masuk kampong dan berjumpa dgn kumpulan sasaran ini.. Sibuk mengisi kocek, Sekarang apa yang di buat hendak di"duplicate"kan, dan lepas ini apa lagi agaknya YB nak buat program..

No comments: