February 04, 2009

ADUN BEHRANG, CHANGKAT JERING UMUM JADI ADUN BEBAS


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas. Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu. Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu. “Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri. “Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.
@MEDIA PKR HULUSGR/SAS

No comments: