Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sukalah hamba mengimbas semula beberapa peristiwa sebagaimana berikut agar Tuanku dapat bertimbang rasa sedikit kepada kami yang dituduh Biadap’ dan ‘Derhaka’
Di zaman Mahathir dahulu, apabila beliau melondeh dan mengaibkan Raja-Raja Melayu dan mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983, mengapa Tuanku tidak murka sebagaimana hari ini?
Ampun Tuanku, sewaktu mantan Menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib mengusung lari 'Tengku Yah', mengapa Tuanku tidak murka sebagaiman hari ini?
Ampun Tuanku , tentu Tuanku masih ingat bila menatap gambar sebelah ni - Pada 28 April 1993 sepupu Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.Pada majlis itu Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat.Laungan ‘Hidup Tengku Ibrahim’, ‘Daulat Tuanku’, Allahuakbar’ bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh. Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa.Apa titah Tuanku?
Selepas Pilihanraya lalu, Idris Jusoh dengan sokongan Abdullah Badawi membantah perlantikan Mohamad Said sebagai MB Terengganu yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu , DYMM Yang Dipertuan Agong kini.Penyokong-penyokong mereka mengangkat kain rentang dengan perkataan 'NATANG' membantah perlantikan Mohamad Said.Ampun Tuanku, bukankah Idris Jusuh dan Abdullah Badawi bersama penyokong-penyokong mereka dari kalangan Umno telah biadap dan derhaka dengan institusi Diraja?Apa titah Tuanku?
Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Ja抋far (kini Almarhum).Malah Mahkamah telah mengetepikan saman balas Tuanku Jaafar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.Ampun Tuanku, Adakah para hakim tersebut dan Bank Standard Chartered biadap dan derhaka dengan institusi Diraja? Apa titah Tuanku?Ampun Tuanku, sebenarnya umno keparat telah menggunakan media yang dikuasai mereka untuk memutar belitkan perkara yang sebenar untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat.
Kami berharap Institusi Diraja , tempat hamba rakyat semua berlindung , tidak dikuasai oleh Umno/BN yang hanya mahu memperalatkan Institusi Diraja untuk kepentingan politik mereka.
Ampun Tuanku!
Ilham : Pemuda Bersih
No comments:
Post a Comment