Ada dua YB di dalam gambar...
(Berita dari UM)
SHAH ALAM 11 Feb. - Hampir 2,000 ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Selangor hari ini berarak secara aman bagi mengutuk tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mencabar kedaulatan raja Melayu.
Perarakan yang diketuai Ketua Pemuda, Abdul Shukor Idrus pada pukul 4 petang itu adalah sebahagian daripada siri penentangan orang Melayu di seluruh negara terhadap sikap biadap dan kurang ajar Karpal.
Perarakan bermula dari Bangunan UMNO Selangor sejauh 1.5 kilometer dan berakhir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
(Berita dari AgendaDaily)
Lebih 1,500 ahli Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan UMNO Selangor mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang hendak menyaman Sultan Perak berhubung dengan perlantikan Menteri Besar Perak. Perhimpunan yang dimulakan di hadapan bangunan UMNO Selangor itu kemudiannya berarak ke Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam bagi membuat laporan polis terhadap Karpal..SAS: Mana satu yang betul, NGO ke Pemuda/Puteri ke, walau macamana pun, harap mereka yang didalam gambar ini diambil keterangan, dan dihadapkan ke mahkamah kerana tidak mendapat permit polis membuat perarakan haram.. Kenapa mesti double standard..sebab ada perhimpunan UMNO bulan depan ke.. Bila mereka akan di panggil? Sekarang dah pandai memakai cara berdemo ...Baca artikel Hanipa Mydin.. berapa banyak "penderhakaan" UMNO terhadap raja..... takkan baru sembah "derhaka" dikatakan "menderhaka"...Tolonglah wahai pemuda-pemudi UMNO, bacalah sejarah UMNO sendiri tentang raja... janganlah disebabkan perhimpunan UMNO, hendak pulak menunjukan isu diperjuangkan..sudah lebih 50 tahun, habuk pun tarak...
No comments:
Post a Comment