February 13, 2009

PKR Selangor nafi 4 ADUN keluar parti


SHAH ALAM 11 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini menafikan khabar angin bahawa empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu akan meninggalkan PKR.
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Yaakob Sapari berkata, khabar angin itu tidak mempunyai asas kerana setakat ini tiada ADUN daripada PKR menyatakan hasrat mahu berbuat demikiani.
Katanya, kedudukan pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas masih kuat walaupun Perak telah dikuasai semula oleh Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
"Tidak ada...tidak ada ADUN PKR Selangor akan melompat parti.
" Malah, dalam mesyuarat perhubungan PKR semalam, saya mengesahkan tidak ada perkara sedemikian akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments: