February 02, 2009

DUA ADUN PERAK MELETAK JAWATAN>>

Tindakan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini adalah satu rahmat kepada rakyat. Sekurang-kurangnya mereka berdua telah menunjukkan bahawa sekalipun telah diumpan dengan segala keladak dunia tetapi mereka tidak menyertai UMNO. Mereka gentleman dengan mengosongkan kerusi DUN tersebut.
Hak menentukan siapakah wakil rakyat bagi kedua dua kawasan DUN tersebut dipulangkan semula kepada rakyat. Tindakan mereka tidak oleh sama sekali disamakan dengan apa yang telah dilakukan oleh YB Datuk Nazarudin Hashim (ADUN Bota) yang menyeberang meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Nazarudin meninggalkan UMNO kerana ketempangan parti tersebut yang beliau sedari. Nazarudin meninggalkan UMNO dan menyertai PRK tanpa apa-apa tekanan. Ia dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap perjuangan mengangkat martabat rakyat. Perjuangan tersebut disedarinya hanya dapat terlaksana melalui gandingan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Saya baru dihubungi, sekarang ini Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil parlimen dan berada di kawasan Parlimennya di Permatang Pauh, beliau redha dengan apa yang telah berlaku. Saya mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk mengingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar bermuhasabah diri dan meningkatkan lagi i’tizam kita terhadap perjuangan sebenar yang dilafazkan; Demi agama dan mengangkat martabat serta maruah rakyat.
Pilihan raya kecil dua kawasan DUN menanti kita di Behrang dan Changkat Jering. Semoga kesepakatan kita dalam PRK dan Pakatan Rakyat akan diberkati ALLAH swt dan hamparan kemenangan akan dikurniakan, insyaALLAH.
@MEDIA PKR HULU SGR/SAS

No comments: