Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan satu demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert Rihanna berikutan serangan terbaru Israel di Gaza.
Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum bantahan, walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama enggan membatalkan konsert ini.
Serangan terbaru Israel di Gaza yang disokong oleh Amerika seharusnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika termasuklah artis mereka seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius
No comments:
Post a Comment