February 12, 2009

Nasihat saya kepada Zambry: Bubarkan sajalah DUN


From Malaysia Insider:
"Zambry feels strain of defending BN government
IPOH, Feb 11 — Datuk Zambry Abdul Kadir started his first day as menteri besar today defending the legitimacy of his government by arguing that a majority in Perak backed the Barisan Nasional, and engaging in a rant against journalists.
It was clear, as he snapped at awkward questions from reporters at his first press conference, that he has been feeling the strain of defending what has been an obviously unpopular and possibly unconstitutional takeover of the state from Pakatan Rakyat."
Zambry tidak perlu bertindak mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan. Bubarkan sahaja DUN Perak untuk meminta mandat baru daripada para pengundi Perak.
Tiada guna untuk Zambry cuba bermulut manis untuk mengaburi kelemahan BN Perak. Bayangkanlah BN hanya memenangi 399,000 undi dalam kesemua 59 DUN yang ditandinginya dalam pilihanraya umum yang lepas, manakala PR memenangi lebih daripada 442,000 undi. Majoriti undi yang begitu besar, iaitu melebih 43,000 undi merupakan satu tanda yang amat jelas bahawa BN ditolak oleh rakyat Perak dalam soal pembentukan kerajaan negeri.
Maka dengan itu amatlah sukar untuk saya membayangkan bagaimana Zambry dapat mentadbir negeri ini dengan baik kerana kerajan negeri di bawah pimpinan beliau langsung tidak mempunyai legitimacy untuk melaksanakan tugasnya sebagai kerajaan pilihan rakyat.
Hanya satu jalan keluar terhadap kemelut ini, iaitu bubarkan DUN Perak dan meminta pilihanraya baru untuk menentukan nasib negeri Perak.
by Lau Weng San

No comments: