February 12, 2009

SAMAN - JUMAAT ESOK 13 FEBUARI 2009 – JAM 11.00 PAGI DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Khamis, 2009 Februari 12

Menteri Besar Perak Saudara Nizar Jamaluddin akan datang ke Kuala Lumpur Jumaat pagi.Saudara Nizar akan pergi ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi.Beliau akan menyaman kerajaan Perak yang baru ditubuhkan sebagai kerajaan yang tidak sah di segi undang-undang.Beliau akan mengajukan permohonan mahkamah untuk megistiharkan Kerajaan Barisan Nasional di Perak sebagai kerajaan haram.Beliau juga akan memmohon kepada mahkamah untuk mengistiharkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah di segi undang –undang di perak.Beliau menjemput semua rakyat datang bersama ke Mahkamah Tinggi untuk menyaksikan beliau menyampaikan saman.Orang ramai yang di jemput datang diminta bertata tertib sepanjang masa.

No comments: