February 04, 2009

SPR PUTUS..ADUN BEHRANG, CHANGKAT JERING KEKAL


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini memutuskan kedua-dua kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering, di Perak kekal disandang kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai isu peletakan jawatan dua Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"SPR sudah meneliti dengan mendalam dari sudut perundangan dan memaklumkan, SPR mengenal pasti wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan yang dihantar Speaker DUN Perak memandangkan kedua-dua Adun itu juga secara sedar surat berkenaan (peletakan jawatan) tidak berkuatkuasa. "Oleh itu, selepas SPR memastikan kedudukan kedua-dua kerusi DUN itu, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan," katanya. Ini berikutan kekeliruan timbul mengenai surat peletakan jawatan yang dikemukakan Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang kemudian dinafikan mereka.

No comments: