February 12, 2009

Apa Muslihat Zambry?


Wednesday, February 11, 2009

Perak hanya ada 6 exco sahaja. Setiap seorang memegang antara 4 hingga 6 potfolio. Zambry sendiri memegang 9 potfolio. Dia dikira MB paling banyak pegang potfolio. Azizan Razak hanya pegang 7, Khalid Ibrahim 5 dan Nik Aziz hanya 3 sahaja. Saya yakin negeri di bawah BN juga tiada MBnya yang pegang sampai 9 potfolio.
Kalau diukur bilangan fotfolio untuk menentukan kerajinan bekerja, tentu Zambry dikira MB paling rajin buat kerja dan Nik Aziz pula paling malas. Tetapi kalau diukur dari segi keberkesanan kerja tentu MB Kelantan lebih berkesan berbanding MB Perak. Umum maklum, lebih banyak orang itu pegang jawatan, lebih rendahlah tumpuannya kepada setiap jawatan yang dipegangnya.
Menariknya, MB Perak selepas itu melantik pula 3 yang lain termasuk seorang wakil rakyat sebagai penasihat. Mereka semua bertaraf exco. Maknanya mereka dapat elaun dan kemudahan macam exco, cuma mereka tidak masuk mesyuarat exco. Kalau ada 4 kerusi exco yang masih kosong, mengapa ADUN Batu Kurau hanya dilantik penasihat dan tidak exco? 2 orang lagi memang menasabah sebab mereka bukan ADUN dan mereka dilantik mewakili kaum India dan Cina.
Mengapa dibiarkan 4 kerusi exco kosong? Guan Eng berkata, untuk dijadikan jebak untuk menarik lebih banyak ADUN PR melompat ke dalam BN. Mungkin kata Guan Eng ada menasabahnya. Namun samada jebak Zambry mengena atau tidak, itu belum pasti. Kalau jebaknya mengena, tentu ADUN BN yang tidak terlantik pula mungkin melenting. Ini seperti kata pepatah, ‘Kera di hutan disusukan, anak sendiri terkebil-kebil kelaparan”.
Apa pun tindakan Zambry, diyakini dia ada hujahnya.
Tapi tidak mengapa, walau pun exco Perak kecil bilangannya, jangan lupa Perak ada 2 MB. Lagi pun kerja MB bukanlah teruk sangat pun. Hanya mengarah sahaja.

No comments: