Umno sekali lagi bertindak bacul kali ini dengan menggunakan polis untuk membekukan permit ceramah umum di seluruh Perak selama dua minggu. Alasan yang diberikan agar suasana 'panas' yang dicipta oleh Umno reda. Arahan itu dikeluarkan oleh KPN Tan sri Musa Hassan kepada ketua polis Perak.Nampaknya Umno semakin takut dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku iaitu kebangkitan luar biasa rakyat Perak membantah rampasan kuasa kerajaan pakatan Rakyat.Apa yang mereka takutkan? Bimbang rakyat dapat maklumat sebenar? Bangkai gajah nak tutup dengan daun pisang? Apakah mereka bimbang satu persatu pembohongan mereka terdedah?Pemimpin Umno kena ingat rakyat mendapat maklumat di hujung jari. Kalau nak sekat maklumat senang saja, saya cadangkan Umno tutup semua akses internet, haramkan astro, tamatkan semua talian mudah alih dan hanya benarkan rakyat menonton TV1, TV2 dan TV 3 sahaja! Selain itu haramkan Harakah, Suara Keadilan, Siasah dan semua media yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Umno@BN yang membingungkan.Sejarah tamadun manusia moden telah membuktikan sekatan kerajaan yang melampau kepada rakyat merupakan isyarat yang cukup jelas kerajaan tersebut bakal ditumbangkan.
Posted by angkasanuri
Posted by angkasanuri
No comments:
Post a Comment