KETIKA senario politik di Perak semakin tidak menentu ekoran kelibat dua Adun yang tidak kelihatan sehingga kini selain pendedahan dua surat akuan bersumpah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak semua kekalutan ini membuktikan BN yang dikuasai Umno sememangnya sudah muflis dari etika berpolitik.
"Kita masih tertanya-tanya apakah yang terjadi pada kedua-dua Adun kita ini yang kelibat mereka masih belum kelihatan. Begitu juga pendedahan surat akuan bersumpah Adun Bukit Selambau V. Arumugam dan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda. Amatlah malang sekiranya politik Machiavelli terus digunapakai.
Beliau mengakui kebenaran bahawa ‘politik adalah panglima’ kata Kuo Mo Jo, penyair asal China, kerana ianya berkuasa tatkala digunakan untuk mempertahan serta menunaikan hasrat rakyat agar perubahan terlaksana dan bukannya untuk terus bersemayam di tampuk pemerintahan dan menggunakan aparat kekuasan untuk kepentingan peribadi.
@PANGLIMAHITAM/MEDIA PKR HULUSGR/SAS
{Khabarnya, Shamsul Iskandar Akin dan Fauzi Muda akan buat laporan rasuah kepada SPRM Putrajaya pada tengahari hari ini (3/2/09) berhubung dakwaan kononnya Najib Tun Razak telah menawarkan imbuhan RM50 juta untuk menarik dua Adun PKR menyertai BN selain Fauzi sendiri. Jadi, nak tengoklah sama ada Ahmad Said Hamdan yang bertindak Ketua Pesuruhjaya dan pegawai SPRM mempunyai kekuatan untuk memanggil sendiri Najib dan disoalsiasat di ibu pejabat mereka selepas menerima dakwaan daripada orang ramai. Ataupun laporan itu akan hanya dijadikan hiasan di bawah meja tanpa diambil sebarang tindakan. Almaklumlah, jika silap disoal, tak pasal-pasal esok lusa diarahkan berhenti. Alahai SPRM.....beranikah.! }
No comments:
Post a Comment