petikan email dari teman Peguam Saiful Izham, MPT PKR
Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.
Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!
Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!
Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!
Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.
Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!
Saiful Izham, Ahli Majlis Pimpinan TertinggiParti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment