04 Februari 2009
@MEDIA PKR HULUSGR/SAS
"Saya telah pun menyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menangguhkan keputusannya," demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Pejabat PAS Perak malam ini. Katanya, beliau akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai menteri besar.

"Saya akan akur kepada apa saja keputusan diputuskan Tuanku dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan baginda sempat membaca ayat Al-Quran 'Sesungguhnya Allah akan bersama-sama dengan orang yang sabar,"ujarnya. Sambil menyifatkan kerajaan negeri kini adalah kerajaan minoriti, beliau amat berharap tidak ada kejadian hulu hara dan sebagainya. "Saya sifatkan Umno cuba merampas hak rakyat dan memohon kepada rakyat memberi mandat lebih besar kepada Pakatan Rakyat sekiranya berlaku pilihan raya.
Mengenai tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang telah menyeberangi semula ke pangkuan BN, Nizar menganggap ia sebagai satu konspirasi besar. " Jika wujud unsur paksaan, ia adalah satu penganiayaan kepada Nasaruddin dan penduduk Bota,"tambahnya.
Datuk Seri Nizar Jamaludin berkata, Sultan Perak dijangka membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak esok.
"Baginda Sultan meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan Tuanku membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar berkata demikian selepas selesai mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak.
Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini."Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."ujarnya.
No comments:
Post a Comment